Nuffnang

Ahad, 13 Julai 2014

Hukum Couple

Islam menetapkan syarat-syarat tertentu dalam perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan mahram. Antaranya :

 PERTAMA: MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK DAN NIAT ITU BERTERUSAN DALAM KEADAAN BAIK

Hubungan kasih sayang  antara seorang lelaki dan wanita mesti diasaskan atas niat yang baik dan suci yaitu bertujuan untuk berkahwin demi menegakkan sebuah rumahtangga yang diredhai Allah. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah HARAM seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka, mencari keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu, membalas dendam kepada wanita dan sebagainya. 

 KEDUA: HENDAKLAH MEMATUHI SYARIAT (PERATURAN)AGAMA

Maksudnya dalam menjalin hubungan itu kedua-kedua pihak mesti menjaga batas-batas pergaulan seperti yang ditentukan syariat. Seperti tidak berdua-duaan tanpa mahram samada secara nyata atau di alam cyber(internet).
Lumrah bercouple tidak dapat lari daripada ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya malah  ada yang sampai keperingkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua itu adalah bercanggah dengan peraturan dan tatacara hidup Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Perlu disedari, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut menjadi haram. Kaedah Fiqh ada menyebutkan :
“Sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”.
 Justeru berdasarkan kaedah ini,  bercouple yang membawa kepada pelanggaran hukum syariat  adalah haram.

Anda Boleh Baca Selanjutnya Di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan